Kandungan Injil Barnabas Injil_Barnabas

Penyelewangan oleh Paul

  • Bahawa Paul adalah orang yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Jesus yang sebenarnya.(Lihat Barnabas Kata pendahuluan ayat 7 dan 222:3)

Saul yang bergelar Paul atau Paulus adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan oleh Jesus Christ dan pengikut-pengikutnya. Beliau tidak pernah belajar kepada Jesus sendiri dan kemudian mengaku bertaubat, seterusnya mengaku pula menjadi rasul Jesus. Akhirnya, penganut Kristian mengakuinya juga sebagai seorang rasul Jesus yang dipenuhi Roh Kudus. Empat belas surat keterangannya dimasukkan ke dalam golongan kitab-kitab Perjanjian Baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci. Barnabas menyatakan Paul sebagai telah menyeludup ke dalam agama Kristian dan mengaku menjadi pengikut Jesus untuk menyelewengkan agama itu dari dalam. Barnabas menyatakan sebab beliau menulis Injil Barnabas kerana faktor Paul yang menyeleweng ini. (Barnabas Kata Pendahuluan 1-9)

Jesus tidak mati disalib tetapi Judas Iskariot mati disalib

  • Bahawa Jesus tidak disalibkan dan yang disalibkan ialah Judas Iskariot.(Lihat Barnabas 112:13-16 ;215:1-6; 217:77-81)

Fasal 215,216,217 dalam Injil Barnabas menyatakan Jesus tidak mati disalib sebaliknya Judas Iskariot yang mati disalib.

Judas Iskariot mengetahui Jesus bersembunyi dari sebuah rumah ke kebun dan berdoa. Lantas Judas Iskariot menawarkan maklumat itu kepada Imam Besar Yahudi dengan wang 30 keping perak. Sepasukan askar dengan dipandu oleh Judas Iskariot pergi ke kebun itu. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril, Mikhail, Rufail dan Uril membawa Jesus ke langit manakal 11 orang murid Jesus sedang tidur.

Dengan takdir Allah, Judas Iskariot berubah rupa dan wajahnya menyerupai Jesus. Judas Iskariot menafikan dirinya Jesus walaupun disoal berulang-kali. Judas ditangkap oleh askar dan dibawa ke Jerusalem. 11 murid Jesus berjaya menyelamatkan diri. Judas diseksa, ditutup matanya dan hampir menjadi gila tetapi semua yang melihat hanya ketawa kerana menyangka Judas Iskariot buat-buat gila. Jika orang Kristian melihat pasti mereka kasihan.

Kemudian Judas diserahkan kepada Pilatus (wakil pemerintah di situ). Judas dipakaikan dengan pakaian ganjil berwarna unggu dan mahkota menyerupai raja Yahudi. Judas dibawa ke Bukit Tengkorak dalam keadaan disalib dan bertelanjang. Judas berteriak "Ya Allah, mengapa engkau tinggalkan aku. Orang yang bersalah terlepas sedangkan aku mati teraniaya".

Ibu Jesus dan lain-lain telah mengkebumikannya. Barnabas, Yahya, Yakub serta Maryam ibu Jesus telah pergi ke Nazareth. Beberapa orang telah menggali kubur Judas, menyembunyikan jenazah Judas dan menyebarkan berita Jesus telah bangkit sesudah mati disalib. Kemudian Allah telah memerintahkan malaikat membawa Jesus turun ke bumi untuk menemui Maryam yang kesedihan. Jesus memerintahkan Barnabas menulis kitab Injil.

Pada hari ke-3, Jesus memerintahkan Yakub dan Yahya mengumpulkan tujuh orang muridnya termasuk Nikodimus dan Yusuf. 72 orang lain lain turut hadir untuk makan malam di Bukit Zaitun. Bukit Zaitun adalah tempat dimana Jesus naik semula ke langit.

Muhammad sebagai Masihi (Al-Masih)

  • Bahawa Masihi yang ditunggu-tunggu kedatangannya bukanlah Jesus tetapi Nabi Muhammad. ( Lihat Barnabas 96:3-15 ; 97:1-19 ; pasal 190 -191)(Palsu)

Dalam Injil Barnabas, Jesus menerangkan akan kehadiran seorang Masihi yang bernama Muhammad. Muhammad adalah namanya yang diberkati. Jesus juga mendakwa dirinya bukanlah Masihi yang ditunggu-tunggu. (muka surat 97 dan 42:2)(palsu)

Menurut satu versi Injil Barnabas:

'Dan paderi itu berkata: "Bagaimana Masihi itu akan digelar?" {Jesus berjawab} "Muhammad adalah nama berkatinya." ' (bab 97).(palsu)

dan

Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran: "Saya bukanlah Masihi itu." (bab 42:2)(palsu)

Kalau penulis Injil Barnabas telah mengalami dalam sebuah masyarakat Kristian, dia akan mengetahui makna masihi secara lain. Dalam Christendom, ia telah mengambil konotasi pada seorang pemerintah yang dianjurkan menyelamatkan para orang yang beriman dari penyelaran. Penggambaran ini sesuai dengan pandangan umat Islam terhadap Muhammad.

Masihi bermaksud penyelamat atau seseorang yang diberkati, dan oleh kerana itu, menurut seorang pedebat Islam Ahmed Deedat, gelaran itu dapat diberikan pada mana-mana nabi, dan Jesus bermaksud Muhammad yang diberkati Allah.

Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail bukan Nabi Ishak

  • Bahawa anak Nabi Ibrahim a.s yang hendak dikorbankan menurut Bible adalah Ishak (Lihat Kejadian 22: 1-13) sedangkan dalam Injil Barnabas adalah Ismail (Lihat Barnabas 208:4-8)

Barnabas juga menyatakan al Masih dari keturunan Ismail bin Ibrahim, bukan dari Ishak bin Ibrahim. ( 43:10). Masihi juga berketurunan Arab.( Barnabas 208:1-2). Anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ismail dan bukan Ishak. Sedangkan agama Yahudi dan Krstian percaya anak Nabi Ibrahim yang dikorbankan ialah Ishak.

Jesus menghalau Paul yang mendakwa dirinya Allah atau Anak Allah

  • Bahawa Jesus dengan tegas mengingkari sifat ketuhanan terhadapnya dan menidakkan dirinya sebagai Anak Allah. (Lihat Barnabas 52:10-14; 94:1-2 ; 112- 5 ; - 10 ; 206: 2-6)

Barnabas menulis Jesus murka kepada Paul dan menuduh Paul sebagai iblis yang berusaha membuatkan Jesus berdosa. Ini sebab Paul memanggil Jesus sebagai Allah atau Anak Allah.(Barnabas 53:6 ; 69:6 ; 70:1, 94:1)